Bengkel Pemantapan dan Pembangunan Modal Insan UniMAP

Alhamdulillah selesai sudah bengkel pemantapan dan pembangunan modal insan UniMAP yang diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Bengkel selama 4 hari 3 malam ini disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar serta Presiden dan Setiausaha Kelab dan Persatuan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk memimpin serta menguruskan organisasi lebih baik..

Antara pengisian bengkel ini ialah ceramah kepimpinan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Turut dimuatkan ialah cara membuat kertas kerja yang betul untuk sesuatu program. Aktiviti lasak juga turut disediakan pada hari ketiga bengkel ini.

Secara ringkas, bengkel ini menjadi titik tolak untuk barisan kepimpinan kelab dan persatuan untuk bergerak lebih aktif dengan penganjuran pelbagai aktiviti buat mahasiswa.














p/s : kebetulan plak tengah bengkel ni ada pengambaran untuk cerita 'Cuciter' kat cni arahan Abg Mamat Khalid....sempat gak bergambar dgn beliau....antu kak limah plak xsempat ak nk bergambar dgn nya....

Lama tak pergi shooting.....

Perghh....berabuk sudah blog ni setelah sekian lama tak update blog ni. Semester ni agak bz bg me dengan pelbagai penglibatan di Universiti....especially selepas memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). sampai my beloved camera pon dh lama x pegang....apa yang best, kelab fotografi kat universiti me berjaya ditubuhkan setelah mempunyai perlembagaan yang kukuh ditambah dengan sokongan MPP....




Credit to Foto UniMAP

Lampu oh lampu!!!


Festkum '10


Usaha, Doa, Tawakal


Hari ini no picture to share since this evening baru habis exam paling killer iaitu Structural Theory. Rasanya soalan tadi xdelah susah mana tapi mungkin me xberapa fokus comnpare dengan subjek lain. disebabkan ni last paper, momentum berusaha yang membuak-buak pada awal dulu lah makin slow dek kali velocity dah berkurangan.Apa-apa syabas pada diri me sebab still berusaha nak dapat pointer yg terbaik.
Cuma doa dan tawakal yang tinggal.
sama-samalah menunggu result kelak...huhu

nelayan dan rezeki luas mereka

Petang semalam hujan turun membasahi bumi Kangar, Perlis. Me bersama kawan terpaksa melupakan hasrat pulang ke kampus lebih awal dek kenderaan kami ke perpustakaan hanya dengan pacuan dua roda. Banyak perkara bermain-main dikotak minda. Exam terutamanya tak habis-habis berpusar diminda. Namun seperti biasa me selalu release tension dengan pergi keluar menikmati keindahan alam dan mengambil foto.

Jam ditangan dah pukul 5.30 petang.Awan tebal beansur dengan perlahan-lahan dan tika itulah kami 'merempit' pulang.Melihatkan cuaca selepas itu agak baik, terfikir nak keluar dengan kawan ke mana-mana sekitar Kuala Perlis. Terdetik pulak nak petik gambar kat kampung nelayan kat Kuala memandangkan tak berkesempatan lagi nak kesana.

Kebetulan pula, kawan sebilik, Kimi baru pulang makan di warung Mak Lampir yang berdekatan. Masa tu juga me ajak dia pergi jalan-jalan

    "Kimi ko free tak??ingat nak ajak kuar snap-snap pic....."

tak sempat aku berbicara dia terus angguk tanda setuju. Selesai tunaikan solat fardhu Asar, kami terus menaiki motosikal menuju ke perkampungan nelayan. Macam-macam me terfikir tika dalam perjalanan kesana. Maghrib untuk hari ini memang awal.Jadi petang hendak bertukar malam mengikut fitrah alamnya. Sampai disana kami tercari-cari laluan masuk atau lorong yang sesuai untuk mengambil foto. Sebenarnya kami agak cemas tatkala orang nelayan tersalah tafsir akan kehadiran kami mungkin seperti pengawai atau pengintip jikalau berlaku aktiviti yang tak sepatutnya disitu. Tapi kami tetap gigih mencari jalan masuk.

Akhirnya jumpa juga satu kawasan yang agak baik. Sebenarnya kawasan tersebut adalah kawasan LKIM juga dimana kegiatan perikanan dijalankan. Alhamdulillah kami terserempak dengan pakcik nelayan yang baru saja pulang dan menambat bot besarnya.

 "Assalamualaikum pakcik. Baru balik ker" tanya aku mesra

"ha'ah nak...ada apa mari ke sini???"sambil tersenyum mengikat jaring pukatnya

"kalo tak jadi masalah boleh ker kami nak amik gambar sekitar kawasan ni. nak buat simpanan kami"jelas ak pada pakcik yang berumur tu.

jadi tanpa membuang masa me terus ke jeti dan mengambil gambar yang dihajati.banyak sudut gambar yang dapat me ambil. kebetulan ada beberapa lagi nelayan yang baru pulang dan me sempat mengambil gambar.

Ingin me kongsi apa yang tersirat dihati tika itu. Kehidupan seorang nelayan yang mungkin masyarakat tidak nampak dengan realiti. Me terfikir bahawasanya petang itu sungguh sunyi memikrkan barangkali mereka terpaksa turun ketengah laut seawal pagi mencari rezeki disamping memajukan perniagaan mereka. Tuhan itu Maha Adil dan dia yang mengatur segalanya.kalaulah kat dunia ni tak ada nelayan, tentu ikan segar hari ini tak dapat dinikmati oleh masyarakat. Memang hidup mereka tidak sesenang warga kota. tapi sumbang baktinya amat besar.

Begitulah serba sedikit apa yang terukir dihati dan minda tika itu memikirkan kehidupan nelayan. Rezeki mereka amat luas. tuhan itu Maha Memberi. Kini me lebih  syukuri dengan apa yang ada dan perlu belajar lebih rajin dan gigih seperti nelayan ini...alhamdulillah....




Selamat Pengantin Baru to Anas & Hidayu

Tanggal 28 November 2010 yang lepas, pasangan Mohd Anas dan Hidayu selamat diijab kabulkan. Tahniah buat mereka yang akhirnya bertemu jodoh semoga kasih sayang berkekalan hingga ke akhir hayat dan dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Walau tak dapat hadir ke perkahwinan tersebut, me tetap dapat rasakan kemeriahannya sebab ini ialah perkahwinan pertama sahabat kami dalam batch Diamond V iaitu Hidayu. Untuk pengetahuan, me juga sempat berada bersama bekerja dengan pengantin perempuan ketika sekolah dulu dalam barisan kepimpinan pengawas dimana tika itu beliau memegang jawatan Timbalan Exco Kerohanian dan juga Badan Dakwah dan Rohani manakala me hanya Exco Sukan dan Rekreasi. Manakala saudara Anas pula iailah senior kami. Ketika me berada di tingkatan satu, Anas adalah antara senior kami. Suka duka kami ketika zaman sekolah bersama senior tetap dikenang sampai bila-bila.






Gambar ini adalah ihsan daripada Zaid Zidane Photography a.k.a my sekolahmates.....thank u to zaid...

Pages

tabung kampong

Powered by Blogger.

penghulu kampOng

My photo
seorang lelaki bernama engku afnan. orang melayu islam. berumur 20 tahun baru. tinggal di gombak. belajar kat unimap. amik kos building engineering. suka segala seni include lukisan,amik pic,animasi dan grafik. suka order teh o ais limau dan nasi goreng ayam. suka bercakap & bg pndpt. simple but complicated.

orang kuat kg

gOsips pendudOk

banci pelawat kg

tarikh

riuh kampong

alamat kampOng

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!