hari ini rasanya dh hampir dua bulan me hidup dengan sebuah dslr yang begitu bererti. Dari hari ke hari me belajar untuk dapatkan snap dan gambar terbaik. Dalam beratus-ratus gambar yang diambil dalam satu-satu majlis atau event, hanya beberapa gambar jer yang dapat memuaskan hati sebab my luck saja. Bila nak dibandingkan dengan gambar-gambar para photographer yang profesional,sudah tentu mereka adalah jauh lebih baik. Walau begitu me percaya tiada suatu pun dalam dunia ni yang mudah didapati dengan cepat. Hanya latihan dan kemahiran menjadi resipi untuk mencipta kejayaan.
Me percaya dengan kata-kata hikmah practice make perfect. So latihan berterusan akan diteruskan. Insya-allah jika dimurahkan reaeki dan bisnes agak baik, me akan teruskan untuk membeli lens atau kanta tambahan untuk menambahkan kualiti imej dan mempelbagaikan sudut pandang lensa.
Akhir kata untuk post kali ini, me berharap suatu hari nanti dapat mencipta nama sendiri melalui bidang fotografi ini walaupun mungkin menjadi bakal jurutera kelak.hee~